PERMAINAN SILANG KATA TATABAHASA

0
COMMENTS

klik-->  SILANG KATA PENJODOH BILANGAN


klik-->  SILANG KATA SIMPULAN BAHASA



klik-->  SILANG KATA SINONIM

CONTOH NILAI-NILAI MURNI

0
COMMENTS


Azizi - 17 Nilai

BAHASA ISTANA

0
COMMENTS
Azizi - Bahasa Istana

PEMBELAJARAN TATABAHASA

0
COMMENTS
KLIK-->TANDA BACA
KLIK-->SINONIM


TATABAHASA ISTILAH YANG BETUL
Tatabahasa - Istilah Yang Tepat

Gambar Keceriaan SKSB

0
COMMENTS
























Bahan Pembelajaran Pendidikan Seni

0
COMMENTS

    Surat Pelepasan Cuti

    0
    COMMENTS
    klik sini

    Family & Cuti

    0
    COMMENTS





                       

    Pelaksanaan Pemulihan Khas

    0
    COMMENTS
    Proses perlaksanaan Program Pemulihan Khas bermula seperti dalam carta aliran berikut:




    1.  Pencalonan Murid
    Pencalonan murid untuk mengikut program pemulihan khas boleh dilakukan oleh guru kelas, guru besar dan ibu bapa atau penjaga.
    -      Guru kelas mencalonkan murid-murid untuk mengikuti kelas berdasarkan pencapaian murid dalam kemahiran asas (menulis, membaca, mengira), hasil kerja murid dalam kelas atau keputusan ujian yang diikuti seperti ujian bulanan, semester atau ujian setiap kemahiran.
    -  Guru besar boleh mencadangkan murid-murid berdasarkan penelitian kad-kad laporan murid dan pemerhatian secara am sama ada di sekolah atau di luar sekolah.
    -   Ibu bapa atau penjaga boleh mencalonkan anak-anak mereka untuk mengikut program pemulihan khas berdasarkan masalah pembelajaran anak mereka.

    1. Pengumpulan Maklumat
    -       Maklumat peribadi dan prestasi murid akan dapat menolong guru pemulihan khas memahami murid yang dicalonkan. Ini membolehkan guru pemulihan khas membuat keputusan sama ada murid itu akan mengikuti program pemulihan khas atau sebaliknya. Daripada rekod peribadi, guru pemulihan khas dapat mengetahui tentang beberapa aspek pentingseperti kesihatan dan taraf sosio-ekonomi.
    -       Sumber-sumber untuk memdapat maklumat adalah seperti berikut:-
    a.     Guru Besar- berdasarkan rekod murid, pemerhatian dan perhubungan.
    b.    Guru Kelas – boleh menambah maklumat dengan mengambil tahu berkenaan dengan kehadiran, ketepatan masa ke sekolah dan perhubungan dengan rakan-rakan.
    c.    Ibu bapa – boleh member tahu tentang tingkah laku umum, kegemaran dan perkara-perkara yang tidak digemari serta sikapnya terhadap pelajaran. Perbincangan dengan ibu bapa amat digalakkan bagi membolehkan perlaksanaan program pemulihan khas berjalan lancar.


    1. Ciri-Ciri Kanak-Kanak Pemulihan
    a.     Emosi dan tingkah laku
    -        Perasaan risau dan rendah diri
    -       Perasaan sedih atau hiba atau duka
    -       Perasaan cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran
    -       Perasaan takut akan perkara-perkara baru
    -       Degil, tidak patuh kepada peraturan-peraturan dan suka melawan.
    b.    Sosial
    -       Gelisah dan selalu bergerak di dalam darjah serta mengganggu kawan-kawan.
    -       Murid-murid lain benci kepadanya
    -       Banyak perangai ganjil seperti menghisap atau menggigit jari
    -       Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alas an
    -       Bohong dan kadang-kadang mencuri.
    c.    Kesihatan
    -       Lemah tubuh badan serta kurang zat makanan
    -       Pertumbuhan tubuh badan tidak seimbang(gemuk/kurus)
    -       Tumpuan perhatian terhad
    -       Lemah gerak moto kasar dan halus
    -       Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk.
    d.    Kesedian Belajar
    -       Belum bersedia untuk belajar
    -       Perbendaharaan kata kurang
    -       Lemah pemahaman
    -       Kurang percaya terhadap diri sendiri.
    e.    Pengamatan  
    -       Tidak boleh kenal bentuk atau perbezaan turutan
    -       Lemah pendengaran bunyi
    -       Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah
    -       Lambat mengkelaskan benda
    -       Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru.
    -       Tidak dapat menyelesaikan masalah
    -       Sukar buat kenyataan am.
    -       Sukar ambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang.
    -       Tidak dapat membuat kerja-kerja kreatif.
    -       Lemah pergerakan dan perbuatan.
    -       Lemah daya pemikiran.
    -       Tidak boleh mengingat kembali.
      
    1. Ujian Saringan
     Menjalankan ujian saringan - satu ujian yang menyeluruh mengukur kekuatan dan kelemahan murid secara individu dalam penguasaan kemahiran asas untuk dicalonkan mengikuti Program Pemulihan Khas.

    1. Ujian Diagnostik
           Ujian untuk mengesan daerah-daerah kelemahan dan kekuatan murid.
    1.  Rancang Pengajaran
           Sebelum merancang pengajaran perlu diketahui:
      
      1.  apa yang diketahui oleh murid sebelum pengajaran dimulakan.
      2.  apa yang perlu diketahui oleh murid selepas pengajaran dilakukan.

    Pemulihan Khas

    0
    COMMENTS

    PENGENALAN




    Pemulihan Khas


     Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insane yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengatahuan. Program Pemulihan Khas mengutamakan prinsip “menyelesaikan masalah seawall mungkin” supaya tidak menjadi kronik dan berterusan hingga ke tahap 2 persekolahan rendah atau ke peringkat persekolahan menengah rendah..

        Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar individu mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau “terbelakang” menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya. Sekiranya mereka tidak diberi pengajaran pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam. Melalui program ini, keperluan-keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi.



    Konsep Pemulihan Khas

     Program Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.


    Matlamat Pemulihan Khas

    Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan.


    Objektif Pemulihan Khas
    1.  menguasai kemahiran 3M.
    2. meneruskan pembelajaran di kelas biasa dan menambah sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.

    Kalender Akademik PPG Sesi Jun - Disember 2012

    0
    COMMENTS







                                                       klik  sini

    Raya Oh Raye

    0
    COMMENTS
                   Aidilfitri hari kemenangan,
                   Kejayaan menempuh halangan,
                   Mengenali erti kesenangan,
                   Bagi mereka yang kekurangan .





    Budak-budak membeli baju raya,
    Tidak lupa juga kuih raya,
    Saya ucapkan selamat hari raya,
    Jangan lupa maafkan saya.











                                                        bermaaf-maafan di pagi raya ...  ;)  

                                                             salam kemaafan ...


                                                                       cheese :-)


                                                           gambar 'family' , 1..2..3.. snap !

     






    Kelas Amali PJ (TGfU)

    0
    COMMENTS
     
    Teaching Games for Understanding (TgfU) merupakan suatu konsep pengajaran dan pembelajaran yang dihasilkan oleh David Bunker dan Rod Thorpe pada tahun 1982 di Universiti Loughboroungh. TGfU merupakan suatu pengajaran permainaan untuk kefahaman yang dapat menarik minat dan perhatian kanak-kanak di dalam atau di luar bilik darjah supaya mereka tidak berasa bosan. (rujuk kepada buku Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani yang ditulis oleh Mohd Sofian Omar Fauzee) . 






    TGfU adalah lebih bebas dan tidak mempunyai terlalu banyak peraturan. Ini disebabkan TGfU lebih mengutamakan pengajaran dan pembelajaran dengan seronok.




                                                         
                                                             

                         jom bersukan...